Pages

Info

Pengenalan Diri
Nama saya Shamsul MM, ID Pengedar 1328346, No Tel/Whatsapp 0123044803.
Terima kasih kerana berminat untuk mengetahui tentang bisnes Tone Excel ini.

Peluang kerja/bisnes sampingan.

Disini saya menawarkan kepada anda satu peluang kerja sampingan sebagai PENGEDAR simkad Tone Excel dan anda akan mendapat komisyen sebanyak 3 kali sebulan. ToneExcel bekerjasama rapat dengan TuneTalk, Air Asia, Tune Insurance dan Tune Money.

Ia merupakan kerja sampingan yang boleh dilakukan dirumah, dipejabat, secara online atau offline. Tidak memerlukan kita membuka kedai. Sesuai dijalankan oleh semua orang, seperti pekerja swasta, pekerja kerajaan, suri rumah, pelajar-pelajar, pekerja asing, penganggur dll.

Kerja anda sebagai pengedar simkad ToneExcel hanyalah mencari, menjual dan mendapatkan pelanggan supaya menggunakan simkad ToneExcel ini seramai mungkin. Ingat, kita bukan penjual topup, tetapi sebagai pengedar simkad.

Maklumat mengenai simkad ToneExcel.
Simkad ToneExcel adalah simkad prepaid, seperti simkad2 yang lain, boleh call, boleh sms, boleh berinternet, boleh whatsapp, wechat, telegram, malah anda juga boleh memohon untuk mengekalkan nombor yang anda gunakan sekarang ke dalam simkad ToneExcel.

Simkad ToneExcel menggunakan service provider daripada TuneTalk yang dimiliki oleh TuneGroup dan juga Celcom. Seperti yang anda tahu TuneGroup juga memiliki AirAsia, TuneHotel, TuneInsurance, TuneMoney dan TuneSport. Celcom saya rasa tidak perlu diperkenalkan kepada anda lagi.

Simkad Pra-Bayar (Prepaid) ToneExcel.
1. Harga sekeping RM98.60
2. Didalamnya sudah ada kredit sebanyak RM30 PERCUMA
3. Data internet PERCUMA 1G untuk sebulan.
4. Ia menggunakan line daripada TuneTalk iaitu anak syarikat ToneGroup.
5. Top-up menggunakan topup TuneTalk sahaja.

Charge penggunaan.
1. Charga panggilan 0.28 sen seminit, sms 10 sen.
2. Data pakej 1G adalah RM38 sebulan

Kelebihan Simkad ToneExcel  

1. Pelanggan mudah untuk topup. Topup TuneTalk ada dijual dikedai-kedai biasa, 7eleven, station minyak, speedmart, pasaraya-pasaraya, malah topup TuneTalk boleh diperolehi di maybank2u dan cimbclick.

2. Topup boleh dilakukan pada nilai RM5, RM10, RM30, RM50, RM100.

3. Ketika ini TuneTalk sedang menjalankan beberapa promosi untuk pengguna simkad ToneExcel:
a. Jika pelanggan topup RM30 maka mereka akan dapat PERCUMA data sebanyak 1G untuk sebulan.
b. Setiap kali pelanggan tambah nilai, mereka akan mendapat point, dan point2 ini kalau dikumpulkan, mereka boleh menukarkan kepada tiket AirAsia secara PERCUMA.

4. Pelanggan anda boleh terdiri dari warga Malaysia atau luar negara.
5. Simkad ToneExcel boleh digunakan diseluruh negara dengan charge roaming.

6. Pelanggan juga boleh mengekalkan no lama kedalam simkad ToneExcel. Kepada pelanggan yang mengekalkan no. lama, pada tahun 2015 ini, mereka berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah sebuah kereta myvi, dan pengedarnya akan mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM25,000. Pada tahun 2016, berkemungkinan pelanggan berpeluang memenangi hadiah BMW 3-series.

Kelayakkan sebagai pengedar simkad  

1. Umur perlulah 12 tahun dan keatas.

2. Anda sendiri perlu menjadi pengguna simkad Toneexcel itu sendiri dan setiap pengedar akan diberikan dengan satu IDP (ID-Pengedar)

3. Anda perlu maintain minima sebanyak RM20 penggunaan setiap bulan, barulah anda akan layak mendapat kesemua komisyen pada bulan tersebut.

4. Anda perlu ada bank akaun yang beroperasi di Malaysia, supaya ToneExcel boleh memasukkan terus komisyen kedalam bank akaun anda. Bank seperti Maybank, CIMB, Public Bank, Bank Islam, BSN, Bank Rakyat dll.

5. Layak dijalankan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira warga negara. Asalkan mereka menetap di Malaysia dan mempunyai pasport dan bank akaun.

Keuntungan sebagai pengedar  

1. Setiap seorang pelanggan baru yang kita dapat, kita akan dibayar komisyen sebanyak RM20.
(Komisyen Pelanggan-Baru atau dipanggil juga sebagai Fast Track atau Direct Sponsor).
Kesemua jenis komisyen akan dibayar terus kedalam akaun anda masing-masing.

2. Setiap kali pelanggan kita topup, kita dibayar komisyen sebanyak 6% dari jumlah topup mereka. (Komisyen Topup Level-1)

3. Kita juga digalakkan mempelawa pelanggan kita juga menjadi pengedar seperti kita, kerana kita akan mendapat komisyen 3% daripada jumlah keseluruhan topup dari pelanggan-pelanggan mereka. (Komisyen Over-riding Level-2). Malahan kita juga akan mendapat komisyen over-riding sebanyak 11% daripada jumlah topup di level-3.


4. Kita juga akan diberikan bonus tahunan bergantung kepada bilangan pelanggan dan komisyen topup yang kita perolehi.

5. Anda juga berpeluang dinaikkan pangkat sebagai Junior Center, Service Center atau Branch dimana Komisyen Over-Riding juga akan dinaikkan kepada peratusan tertentu. Ia berdasarkan kemampuan anda menjual simkad-simkad tersebut.

6. Untuk kefahaman lebih lanjut, sila lihat video ini:


Cara dapatkan komisyen 3 kali sebulan.

1. Kesemua komisyen anda akan dibayar terus kedalam bank akaun masing-masing. Bank boleh dipilih asalkan bank tersebut beroperasi di Malaysia.

2. Komisyen Pelanggan-Baru akan dibayar dua kali sebulan. 11hb dan 31hb.

a. Dari 1-15 hb, contohnya jika anda berjaya mendapatkan 5 orang pelanggan baru, maka komisyen RM100 akan dimasukkan kedalam bank anda pada 31hb. Anda akan lihat RM97 didalam bank akaun anda, kerana setiap transaksi akan ditolak oleh pihak bank sebanyak RM3.

b. Dari 16-31 hb, contohnya jika anda mendapat 20 orang pelanggan baru, maka RM400 akan dimasukkan kedalam bank anda pada 11hb. bulan hadapannya. Anda akan lihat RM397 didalam bank akaun anda, kerana setiap transaksi akan ditolak oleh pihak bank sebanyak RM3.

3. Komisyen Topup dan Komisyen Over-riding dibayar sebulan sekali. Ia akan dikumpulkan dari 1-31 hb dan akan dibayar kedalam akaun bank anda pada 21 hb bulan berikutnya.

4. Bonus Tahunan akan dikumpulkan dari 1 Jan - 31 December dan akan dibayar pada 21hb Januari tahun berikutnya.

5. Untuk kefahaman lebih lanjut, sila lihat video ini:



Rahsia memperbanyakkan komisyen

1. Buka 3 akaun.
a. Cara untuk mempercepatkan kenaikkan komisyen, iaitu dengan Teknik 3 Akaun Cucuk Satey.
Ini maknanya anda perlu registerkan 3 simkad dimana kesemuanya atas satu nama dan satu bank akaun. Apabila anda menaja orang baru, kesemuanya diletakkan dibawah akaun yg ke-3.


b. Jadi, bila Pelanggan "A" topup, maka semua akaun anda akan dapat komisyen secara serentak. Akaun-1 anda akan dapat 11%, akaun-2 akan dapat 3% dan akaun-3 akan dapat 6%. Kerana,
A adalah level-1 akaun-3 (6%)
A adalah level-2 akaun-2 (3%)
A adalah level-3 akaun-1 (11%)
Seorang sahaja topup, anda akan dapat total 20%. Kerja sekali dapat hasil 3 kali.

c. Jika anda berminat dengan cara saya ini dan kalau sebelum ini sudah pun ada satu akaun, tambah sahajalah 2 akaun lagi. Pastikan anda susun seperti gambarajah diatas, (teknik cucuk satey).

d. Apply lagi sekali web replika ini, tetapi kali ini menggunakan no id bagi akaun-3. Promote web replika yang menggunakan id akaun-3, jadi bila ada pelanggan baru yang nak masuk, secara automatik dia akan terus duduk dibawah akaun-3 anda, maka akan terbentuklah rangkaian anda seperti diatas.

e. Teknik ini hanyalah pilihan dan cadangan dari saya, tidak semesti anda ikut. Nak ikut boleh, tak nak ikut pun boleh. Tapi kalau anda ingin komisyen anda meroket, ia bukan satu pilihan lagi, tetapi satu teknik yang terbukti sangat berkesan untuk melonjakkan komisyen bulanan anda.

Untuk memahami teknik ini dengan lebih mendalam, anda boleh lihat video ini:



2. Cara kedua untuk memperbanyakkan komisyen anda adalah dengan anda sendiri topup lebih daripada RM60 dalam masa sebulan. Jika kita sendiri topup diantara RM20-RM59, maka komisyen topup kita adalah 6,3, dan 11%, tetapi jika kita sendiri topup lebih daripada RM60, maka komisyen topup kita akan menjadi 10,3,13%.

3. Jika network anda sudah berkembang, contohnya seperti komisyen topup anda sudah mencecah RM1,000 atau anda dapati setiap minggu anda menerima permintaan pembelian simkad lebih daripada 30 keping, maka itu adalah signal yang anda sudah sesuai untuk upgrade kepada JC (Junior Center) atau SC (Service Center). Ini akan meningkatkan komisyen anda hampir secara mendadak.